Mengenai PEDi
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PEDi
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Pasir Gudang ialah sebuah bandar perindustrian terbesar di Johor, Malaysia. Bandar ini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) iaitu sebuah badan khas milik Perbadanan Johor. Menjelang tahun 2007, Pasir Gudang telah berusia 30 tahun. Jumlah penduduk melebihi 100 000 orang. Di sini juga terdapat sebuah pelabuhan kontena iaitu Pelabuhan Johor yang terletak selatan dari pusat bandar yang menghadap Selat Tebrau.
Terdapat beberapa kawasan perumahan di Pasir Gudang seperti Taman Desa Rakyat Perdana, Taman Mawar, Taman Bukit Dahlia, Taman Air Biru, Taman Cendana, Taman Pasir Putih, Kampung Pasir Putih, Taman Kota Masai, Taman Scientex, Taman Nusa Damai, Perumahan Bakti, Taman Cahaya Masai, Taman Tanjung Puteri Resort, Taman Cendana dan Kampung Kopok Baru.
Setiap kawasan perumahan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti taman permainan, surau, kedai, sekolah, telefon awam dan lain-lain. Bagi memastikan kebersihan sentiasa terjaga di kawasan perumahan, Majlis Perbandaran Pasir Gudang telah mengadakan pertandingan kawasan perumahan terbersih dan tercantik.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024HARI SUKANEKA BERSAMA TABIKA KEMAS 2 TAMAN DESA RAKYAT PERDANA
Aktiviti Terkini | 3 Disember 2023Merapatkan ukhwah diantara petugas PEDi dengan pelajar Tabika KEMAS, guru serta ibu bapa.................baca selanjutnya
PERTANDINGAN SUKAN FUTSAL TAMAN DESA RAKYAT PERDANA
Aktiviti Terkini | 25 November 2023Merapatkan ukhwah diantara petugas PEDi dengan para remaja dan belia setempat dalam pertandingan seperti ini................baca selanjutnya
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1445H
Aktiviti Terkini | 27 Oktober 2023Merapatkan ukhwah diantara petugas PEDi dan komuniti setempat dalam majlis seperti ini...............baca selanjutnya
PROGRAM TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK (KDB) DAN KITAR
Aktiviti Terkini | 10 September 2023Memperkenalkan PEDi dan fungsi PEDi kepada murid-murid..............baca selanjutnya
PROGRAM TAKLIMAT KEUSAHAWANAN DAN KLIK DENGAN BIJAK (CYBERSAFE)
Aktiviti Terkini | 15 Ogos 2023Memperkenalkan PEDi kepada pelajar-pelajar dan petugas di Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang.............baca selanjutnya
PROGRAM KILK DENGAN BIJAK (KDB)
Aktiviti Terkini | 9 Julai 2023Untuk memberi kesedaran cara penggunaan internet dengan betul............baca selanjutnya
PROGRAM SUMBANGAN SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 2023
Aktiviti Terkini | 23 Jun 2023Berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan menjelang tiba. ..........baca selanjutnya
PROGRAM MALAM SEMARAK AIDILFITRI 1444H
Aktiviti Terkini | 20 Mei 2023Menyambut dan meraikan hari raya bersama-sama pemimpin dan penduduk Taman Desa Rakyat Perdana..........baca selanjutnya
PROGRAM TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN 2023
Aktiviti Terkini | 16 April 2023Mendidik diri menjadi lebih istiqamah dalam membaca Al-Quran. .........baca selanjutnya
PROGRAM ENTREPRENUER TALK
Aktiviti Terkini | 20 Mac 2023Membina suatu kerjasama untuk program akan datang bersama dengan pelajar politeknik dan pensyarah.........baca selanjutnya
PROGRAM KEROHANIAN, SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN UNTUK PELAJAR SPM DAN DARJAH KHAS 2022-2023
Aktiviti Terkini | 9 Februari 2023Memberi motivasi kepada pelajar yang akan mengambil peperiksaan........baca selanjutnya
PROGRAM SUMBANGAN KEPADA ASNAF TAMAN DESA RAKYAT PERDANA DARI SUPERBIKE ASSOCIATION MALAYSIA (SAM)
Aktiviti Terkini | 1 Januari 2023Membantu golongan yang kurang berkemampuan.......baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya