Mengenai PEDi
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PEDi
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Pasir Gudang ialah sebuah bandar perindustrian terbesar di Johor, Malaysia. Bandar ini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) iaitu sebuah badan khas milik Perbadanan Johor. Menjelang tahun 2007, Pasir Gudang telah berusia 30 tahun. Jumlah penduduk melebihi 100 000 orang. Di sini juga terdapat sebuah pelabuhan kontena iaitu Pelabuhan Johor yang terletak selatan dari pusat bandar yang menghadap Selat Tebrau.
Terdapat beberapa kawasan perumahan di Pasir Gudang seperti Taman Desa Rakyat Perdana, Taman Mawar, Taman Bukit Dahlia, Taman Air Biru, Taman Cendana, Taman Pasir Putih, Kampung Pasir Putih, Taman Kota Masai, Taman Scientex, Taman Nusa Damai, Perumahan Bakti, Taman Cahaya Masai, Taman Tanjung Puteri Resort, Taman Cendana dan Kampung Kopok Baru.
Setiap kawasan perumahan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti taman permainan, surau, kedai, sekolah, telefon awam dan lain-lain. Bagi memastikan kebersihan sentiasa terjaga di kawasan perumahan, Majlis Perbandaran Pasir Gudang telah mengadakan pertandingan kawasan perumahan terbersih dan tercantik.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023BENGKEL JOM CANTIK
Aktiviti Terkini | 17 Disember 2022Memberi kesedaran tentang kesihatan dan penjagaan kulit muka......baca selanjutnya
PROGRAM SUKANEKA TAMAN DESA RAKYAT PERDANA ANJURAN JKPZ DAN PEDI
Aktiviti Terkini | 26 November 2022Mengeratkan silaturrahim antara penduduk dan petugas PEDi......baca selanjutnya
PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA JOHOR BERSIH 100 HARI
Aktiviti Terkini | 22 Oktober 2022Memastikan kawasan tempat kediaman kita bersih dan terjaga......baca selanjutnya
PROGRAM KOMUNITI GAYA HIDUP & MINDA SIHAT
Aktiviti Terkini | 17 September 2022Meningkatkan pengetahuan tentang kesihatan dari pelbagai segi......baca selanjutnya
PROGRAM GOTONG ROYONG SEMARAK MERDEKA BERSAMA PEDi 2022
Aktiviti Terkini | 5 Ogos 2022Menyemai semangat menyambut bulan kemerdekaan.......baca selanjutnya
PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA TAHUN 2022 SEMPENA PROGRAM 100 HARI JOHOR BERSIH PERINGKAT PASIR GUDANG 2022
Aktiviti Terkini | 3 Julai 2022Menyahut seruan 100 Hari Johor Bersih Peringkat Pasir Gudang. ........baca selanjutnya
VIDEO PEMBELAJARAN : TRICK BAGAIMANA UNTUK MEMASTIKAN FACEBOOK KITA SELAMAT DAN TIDAK DICEROBOH OLEH ORANG LAIN
Aktiviti Terkini | 15 Jun 2022Meningkatkan keselamatan Facebook pemilik.........baca selanjutnya
LIVE DI FACEBOOK : ADAB KUNJUNGAN HARI RAYA MENGIKUT SOP COVID 19
Aktiviti Terkini | 16 Mei 2022Mengetahui bagaimana adab semasa beraya mengikut SOP........baca selanjutnya
VIDEO PEMBELAJARAN INTERAKTIF DI FACEBOOK : CARA MEMBUANG LATAR BELAKANG PADA TANDATANGAN (BAHAGIAN 2)
Aktiviti Terkini | 17 April 2022Mengetahui cara-cara untuk mermbuang latar belakang pada gambar........baca selanjutnya
VIDEO PEMBELAJARAN INTERAKTIF DI FACEBOOK : CARA MEMBUANG LATAR BELAKANG PADA TANDATANGAN (BAHAGIAN 1)
Aktiviti Terkini | 19 Mac 2022Mengetahui cara-cara untuk mermbuang latar belakang pada gambar........baca selanjutnya
AKTIVITI/PROGRAM : PROJEK ERA WANITA NIAGA
Aktiviti Terkini | 3 Februari 2022Belajar cara-cara membuat rempah perapan untuk diniagakan........baca selanjutnya
SIARAN LANGSUNG FACEBOOK : KLIK DENGAN BIJAK-MAKLUMAT PALSU
Aktiviti Terkini | 24 Januari 2022Mengetahui tentang maklumat palsu.........baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya