PROGRAM KOMUNITI GAYA HIDUP & MINDA SIHAT

Aktiviti terkini | 17 September 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Sri Jaya

Ringkasan Aktiviti :
Program ini dipenuhi dengan aktiviti yang pelbagai dari pagi sehingga petang. Antara aktivit-aktiviti yang dijalankan adalah demonstrasi pemakanan sihat, pertandingan mewarna kanak-kanak, pemeriksaan kesihatan, taklimat kesihatan mental,5 langkah pemasaran digital, Klik dengan Bijak, dan Permainan rakyat.

Tujuan :
• Meningkatkan pengetahuan tentang kesihatan dari pelbagai segi
• Bagaimana untuk menarik untung dalam pemasaran digital masakini
• Memberi kesedaran tentang macau scam melalui slot Klik Dengan Bijak.
• Mengekalkan tradisi permainan rakyat dari zaman yang terdahulu.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• 7.45 pagi : Pendaftaran
• 8.00 pagi : Senamrobik
• 8.30 : Demonstrasi Pemakanan Sihat & Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak
• 9.30 pagi : Taklimat Kesihatan Mental
• 10.30 pagi : 5 Langkah Pemasaran Digital
• 12.00 tghari : Klik Dengan Bijak
• 12.30 tghari : Perasmian Penutup
• 2.00 petang : Kelas ICT : Microsoft Office
• 3.30 petang : Permainan Rakyat
• 5.00 petang ; Bersurai

Kelebihan Aktiviti :
Mendapat info-info yang berguna dari pelbagai aspek seperti keusahawanan, kesihatan, pemakanan dan keselamatan internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :