Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Pasir Gudang ialah sebuah bandar perindustrian terbesar di Johor, Malaysia. Bandar ini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) iaitu sebuah badan khas milik Perbadanan Johor. Menjelang tahun 2007, Pasir Gudang telah berusia 30 tahun. Jumlah penduduk melebihi 100 000 orang. Di sini juga terdapat sebuah pelabuhan kontena iaitu Pelabuhan Johor yang terletak selatan dari pusat bandar yang menghadap Selat Tebrau.

Terdapat beberapa kawasan perumahan di Pasir Gudang seperti Taman Desa Rakyat Perdana, Taman Mawar, Taman Bukit Dahlia, Taman Air Biru, Taman Cendana, Taman Pasir Putih, Kampung Pasir Putih, Taman Kota Masai, Taman Scientex, Taman Nusa Damai, Perumahan Bakti, Taman Cahaya Masai, Taman Tanjung Puteri Resort, Taman Cendana dan Kampung Kopok Baru.

Setiap kawasan perumahan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti taman permainan, surau, kedai, sekolah, telefon awam dan lain-lain. Bagi memastikan kebersihan sentiasa terjaga di kawasan perumahan, Majlis Perbandaran Pasir Gudang telah mengadakan pertandingan kawasan perumahan terbersih dan tercantik.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


Pertandingan Dekorasi Gubahan Buah Nanas Sempena Fiesta Nanas Sambutan 60 Tahun LPNM

Aktiviti Terkini | 16 Disember 2017

Para peserta dekorasi gubahan nanas terdiri daripada orang awam & dewasa. Pemilihan para pemenang dekorasi dan gubahan tersebut adalah berdasarkan kreativiti setiap peserta & menepati masa yang diberikan... baca selanjutnya

Program Majlis Konvokesyen Tabika Kemas Desa Rakyat 2

Aktiviti Terkini | 3 Disember 2017

Dapat mengadakan penyatuan kepada penduduk sekitar dan komuniti setempat dalam program seperti ini merapatkan ukhwah sesama komuniti, penglibatan Pi1M dapat merapatkan lagi ukhwah dan dapat bekerjasama dalam sesuatu program, memupuk semangat berkomuniti dan bekerjasama dalam sesuatu program atau majlis dan merapatkan dan mengeratkan hubungan komuniti dengan PI1M... baca selanjutnya

Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Rumah Pangsa Sri Alam 2017

Aktiviti Terkini | 25 November 2017

Penyatuan kepada penduduk sekitar dan komuniti setempat dalam program seperti ini merapatkan ukhwah sesama jiran. Penglibatan Pi1M terdekat dapat merapatkan lagi ukhwah sesama... baca selanjutnya

Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Taman Cendana 2017

Aktiviti Terkini | 18 November 2017

Penduduk sekitar Taman Cendana dan ahli yang berdaftar dengan Pusat Internet Taman Cendana serta pelajar-pelajar sekolah rendah dan tadika berdekatan... baca selanjutnya

Karnival Bowling Bersama JKKK dan Komuniti Penduduk Taman Desa Rakyat Perdana

Aktiviti Terkini | 22 Oktober 2017

Penyatuan kepada penduduk sekitar dan komuniti setempat dalam program seperti ini untuk merapatkan ukhwah sesama jiran dan komuniti sekitar... baca selanjutnya

Program Ibadah Korban Bersama Komuniti

Aktiviti Terkini | 2 September 2017

Penyatuan kepada penduduk sekitar dan komuniti setempat dalam program seperti ini merapatkan ukhwah sesama jiran... baca selanjutnya

Bengkel Advokasi KDB(Klik Dengan Bijak)

Aktiviti Terkini | 19 Ogos 2017

Bertujuan untuk memberi kesadaran pentingnya penggunaan internet yang semakin meluas pada masa kini, penglibatan PI1M dan ahli PI1M di dalam program seperti ini berupaya memberikan rangsangan dan galakan dalam ICT... baca selanjutnya

Majlis Perasmian PI1M Taman Desa Rakyat Perdana, Johor

Aktiviti Terkini | 12 Ogos 2017

Bertujuan untuk penyatuan kepada penduduk sekitar dan komuniti setempat dalam program seperti ini merapatkan ukhwah sesama jiran... baca selanjutnya

Sambutan Hari Raya Bersama Komuniti Taman Desa Rakyat Perdana

Aktiviti Terkini | 22 Julai 2017

Bertujuan untuk penyatuan komuniti setempat dalam program sambutan hari raya bersama komuniti taman oleh PI1M dan penglibatan komuniti penduduk di dalam program seperti ini berupaya merapatkan ukhwah sesama jiran dan penduduk setempat serta petugas PI1M... baca selanjutnya

Program Marhaban Bersama Penduduk dan Ahli PI1M Taman Desa Rakyat Perdana

Aktiviti Terkini | 14 - 18 Julai 2017

Dengan adanya aktiviti seperti ini, ia dapat menyatukan komuniti setempat dalam program sambutan hari raya bersama komuniti taman oleh PI1M dan penglibatan komuniti penduduk di dalam program seperti ini berupaya merapatkan ukhwah sesama jiran dan penduduk setempat serta petugas PI1M... baca selanjutnya

Program Perasmian Kedai Harga Patut Muafakat Johor

Aktiviti Terkini | 22 Jun 2017

Dapat memberi kesedaran pentingnya penggunaan internet yang semakin meluas pada masa kini dalam perniagaan dan keusahawanan dan penglibatan PI1M dan ahli pi1m di dalam program seperti ini berupaya memberikan rangsangan dan galakan dalam bermasyarakat... baca selanjutnya

Program Berbuka Puasa Bersama Komuniti dan Sumbangan kepada asnaf, anak-anak Yatim dan fakir miskin Taman Desa Rakyat Perdana

Aktiviti Terkini | 17 Jun 2017

Dapat melakukan penyatuan komuniti setempat dalam program berbuka puasa, penglibatan komuniti penduduk di dalam program seperti ini berupaya merapatkan ukhwah sesama jiran dan penduduk setempat.... baca selanjutnya

PROGRAM JOM KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 20 Mei 2017

Membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet... baca selanjutnya

Program Bacaan Yasin Perdana ,Tazkirah Modul Sakinah dan Meraikan Hari Ibu dan Hari Guru

Aktiviti Terkini | 19 Mei 2017

Bertujuan untuk penyatuan komuniti setempat dalam program bacaan Yasin, mendalami modul sakinah untuk membentuk keluarga dan komuniti yang lebih baik dan meraikan Hari Ibu sebagai tanda terima kasih... baca selanjutnya

Program Keselamatan Internet(Klik Dengan Bijak) & Kesedaran Antidadah

Aktiviti Terkini | 28 April 2017

Para pelajar kini terdedah dengan penggunaan internet sehingga ibu bapa dan guru tidak mampu mengawal pergerakan pelajar. Penyalahgunaan internet mampu menimbulkan pelbagai Program ini adalah salah satu langkah untuk mendidik para pelajar bagi menggunakan internet dengan bijak... baca selanjutnya

Baja Komposit Anjuran Majlis Perbandaran Pasir Gudang(MPPG)

Aktiviti Terkini | 22 April 2017

Bertujuan untuk mempelajari cara membancuh sisa makanan menjadi baja komposit dan memberi kesedaran tentang kitar semula sisa makanan di rumah... baca selanjutnya

Program Dandanan Diri Anjuran KEMAS Pasir Gudang

Aktiviti Terkini | 15 April 2017

Bertujuan untuk mempelajari cara menjaga kebersihan muka dan mempelajari cara make-up dengan betul dan cantik... baca selanjutnya

Sukaneka Komuniti Blok E bersama PI1M

Aktiviti Terkini | 19 Mac 2017

Aktiviti ini bertujuan merapatkan lagi hubungan komuniti penduduk dengan PI1M dan sukaneka sebagai salah satu motivasi untuk menjaga kesihatan... baca selanjutnya

KDB Santai dan Mini Contest bersama Komuniti Blok E

Aktiviti Terkini | 18 Mac 2017

Aktiviti ini bertujuan mendekatkan dan merapatkan lagi hubungan komuniti setempat dengan PI1M dan emahami fungsi dan peranan PI1M kepada masyarakat... baca selanjutnya

Pertandingan Mewarna sempena Pesta Layang-layang Sedunia

Aktiviti Terkini | 25 Februari 2017

Aktiviti ini bertujuan memberi sokongan daripada ahli-ahli PI1M pada Pesta Layang-layang Sedunia, merapatkan lagi hubungan sesama ahli PI1M dan petugas PI1M... baca selanjutnya

Pertandingan Puzzle di PI1M Taman Desa Rakyat Perdana

Aktiviti Terkini | 4 Februari 2017

Aktiviti ini bertujuan untuk menguji kecekapan minda dan tangan, menguji kepantasan berfikir dengan tepat serta... baca selanjutnya

Walkabout YDP MPPG dan Ahli Majlis Turun Padang At Taman Desa Rakyat Perdana

Aktiviti Terkini | 22 Januari 2017

Aktiviti ini bertujuan untuk beramah mesra YDP dan Ahli Majlis bersama para penduduk, melihat dan memahami masalah dan keperluan penduduk... baca selanjutnya

Online Coloring Contest

Aktiviti Terkini | 14 Januari 2017

Aktiviti ini bertujuan untuk menguji kepantasan dan kemahiran menggunakan tetikus mengikut ketetapan masa serta bijak dan mahir dalam mencari idea-idea untuk menghasilkan lukisan yang terbaik... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan... baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian... baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan... baca selanjutnya

KELAS ICT SEPANJANG TAHUN 2016

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Di PI1M Taman Desa Rakyat Perdana ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Taman Desa Rakyat Perdana seperti kelas komputer dan sebagainya.

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan... baca selanjutnya