Mengenai PI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Pasir Gudang ialah sebuah bandar perindustrian terbesar di Johor, Malaysia. Bandar ini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) iaitu sebuah badan khas milik Perbadanan Johor. Menjelang tahun 2007, Pasir Gudang telah berusia 30 tahun. Jumlah penduduk melebihi 100 000 orang. Di sini juga terdapat sebuah pelabuhan kontena iaitu Pelabuhan Johor yang terletak selatan dari pusat bandar yang menghadap Selat Tebrau.
Terdapat beberapa kawasan perumahan di Pasir Gudang seperti Taman Desa Rakyat Perdana, Taman Mawar, Taman Bukit Dahlia, Taman Air Biru, Taman Cendana, Taman Pasir Putih, Kampung Pasir Putih, Taman Kota Masai, Taman Scientex, Taman Nusa Damai, Perumahan Bakti, Taman Cahaya Masai, Taman Tanjung Puteri Resort, Taman Cendana dan Kampung Kopok Baru.
Setiap kawasan perumahan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti taman permainan, surau, kedai, sekolah, telefon awam dan lain-lain. Bagi memastikan kebersihan sentiasa terjaga di kawasan perumahan, Majlis Perbandaran Pasir Gudang telah mengadakan pertandingan kawasan perumahan terbersih dan tercantik.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020PROGRAM MAULIDUR RASUL TAMAN DESA RAKYAT PERDANA 2019
Aktiviti Terkini | 7 Disember 2019Untuk memberi motivasi yang baik dengan program yang dijalankan serta sikap bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu program....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK (KDB) SK TAMAN CENDANA
Aktiviti Terkini | 4 November 2019Membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK (KDB) SK BANDAR SERI ALAM
Aktiviti Terkini | 30 Oktober 2019Memberi pendidikan kepada pelajar darjah 6 tentang penggunaan internet dan kawal selia kendiri internet....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK (KDB) SK TAMAN CENDANA
Aktiviti Terkini | 16 Oktober 2019Membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet....baca selanjutnya
PROGRAM AMAL KASIH MERDEKA DAN JUALAN NASI AMBENG
Aktiviti Terkini |7 September 2019Menyantuni anak-anak yatim di Taman Desa Rakyat Perdana...baca selanjutnya
PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK MERDEKA FEST 2019 UTC PASIR GUDANG DAN EDARAN FLYERS MYFREEVIEW
Aktiviti Terkini |29 Ogos 2019Memberi pendedahan dan info kepada komuniti tentang siaran MyFreeview...baca selanjutnya
AKTIVITI GOTONG – ROYONG PUSAT INTERNET
Aktiviti Terkini | 6 Julai 2019Memberi pendedahan tentang pentingnya kebersihan di sesebuah tempat serta Mewujudkan rasa tanggungjawab, peka dan prihatin terhadap kebersihan disamping dapat memberi motivasi kepada para ahli pi untuk bersatu dan bekerjasama...baca selanjutnya
PROGRAM MARHABAN RUMAH KE RUMAH
Aktiviti Terkini | 28 - 30 Jun 2019Program ini dapat memberi pendedahan dan rasa tanggung jawab sesama jiran, kawan atau keluarga apabila berkumpul dan sama-sama beraktiviti yang dapat menyatukan mereka....baca selanjutnya
Program Bantuan Zakat dan Sumbangan untuk Asnaf Taman Desa Rakyat Perdana
Aktiviti Terkini | 25 Mei 2019Bertujuan untuk memberi pendedahan tentang pentingnya amalan ibadah di bulan puasa dan mewujudkan rasa tanggungjawab, peka dan prihatin terhadap agama... baca selanjutnya
Program Tadarus Al-Quran Wanita, Solat Dhuha dan Solat Taubat
Aktiviti Terkini | 24 Mei 2019Bertujuan untuk memberi pendedahan tentang pentingnya amalan ibadah di bulan puasa dan mewujudkan rasa tanggungjawab, peka dan prihatin terhadap agama... baca selanjutnya
Program Sukan Bersama Blok D & Sembang Santai Bersama Ahli Majlis Taman Desa Rakyat Perdana
Aktiviti Terkini | 13 April 2019Beertujuan untuk memberi pendedahan tentang pentingnya pergaulan sesama jiran bagi mewujudkan sifat persaudaraan dan kejiranan dan mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan penduduk supaya peka dan prihatin terhadap kemuafakatan... baca selanjutnya
Program Gotong Royong Perdana Taman Desa Rakyat Perdana 2019
Aktiviti Terkini | 3 Mac 2019Objektifnya adalah untuk memberikan pendedahan dan rasa tanggung jawab kepada kebersihan persekitaran tempat tinggal... baca selanjutnya
Program Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) SMK Taman Scientex
Aktiviti Terkini | 10 Februari 2019Bertujuan mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna internet yang lain... baca selanjutnya
Program Kecergasan Diri 2019
Aktiviti Terkini | 26 Januari 2019Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti berkenaan penjagaan kesihatan amat penting. Dewasa kini, ramai yang mengambil ringan terhadap kesihatan diri. Oleh yang demikian... baca selanjutnya