Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Pasir Gudang ialah sebuah bandar perindustrian terbesar di Johor, Malaysia. Bandar ini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) iaitu sebuah badan khas milik Perbadanan Johor. Menjelang tahun 2007, Pasir Gudang telah berusia 30 tahun. Jumlah penduduk melebihi 100 000 orang. Di sini juga terdapat sebuah pelabuhan kontena iaitu Pelabuhan Johor yang terletak selatan dari pusat bandar yang menghadap Selat Tebrau.

Terdapat beberapa kawasan perumahan di Pasir Gudang seperti Taman Desa Rakyat Perdana, Taman Mawar, Taman Bukit Dahlia, Taman Air Biru, Taman Cendana, Taman Pasir Putih, Kampung Pasir Putih, Taman Kota Masai, Taman Scientex, Taman Nusa Damai, Perumahan Bakti, Taman Cahaya Masai, Taman Tanjung Puteri Resort, Taman Cendana dan Kampung Kopok Baru.

Setiap kawasan perumahan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti taman permainan, surau, kedai, sekolah, telefon awam dan lain-lain. Bagi memastikan kebersihan sentiasa terjaga di kawasan perumahan, Majlis Perbandaran Pasir Gudang telah mengadakan pertandingan kawasan perumahan terbersih dan tercantik.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


Kursus Taklimat Keselamatan Kebakaran Dan Praktikal Penggunaan Alat Pemadam Api

Aktiviti Terkini | 9 Disember 2018

Program pada bulan ini khusus untuk kakitangan Pusat Internet (Digi) sahaja iaitu Kursus taklimat keselamatan kebakaran dan praktikal penggunaan alat pemadam api yang akan di jalankan di Balai Bomba Rengit. Tujuan kursus ini diadakan untuk meningkatkan... baca selanjutnya

Forum perdana & Kuliah Perdana Sempena Sambutan Maulidur Rasul

Aktiviti Terkini | 28 November 2018

Sambutan Maulidur Rasul bertemakan “ISLAM MEMIMPIN” itu merupakan program yang diadakan bagi memperingati hari keputeraan junjungan besar Rasulullah S.A.W. dan menghayati perjuangan Baginda dalam menegakkan syiar Islam dan masyarakat Islam sekarang dalam era globalisasi kemajuan berlandaskan agama... baca selanjutnya

Program World Clean Up Day

Aktiviti Terkini | 15 Oktober 2018

Menerapkan sifat cintakan alam sekitar dan memupuk semangat berkerjasama di antara pelbagai kaum, agama dan bangsa bagi memastikan kebersihan bandar... baca selanjutnya

Mini Karnival Sayangi Malaysiaku

Aktiviti Terkini | 15 September 2018

Menyambut Hari Kebangsaan yang ke 61 tahun bersama-sama penduduk setempat dan meraikan ahli-ahli Pusat Internet Pekan Nanas yang hampir mencecah 700 orang selama pusat internet sudah 3 tahun beroperasi... baca selanjutnya

PI Bersama Tahfiz

Aktiviti Terkini | 25 Ogos 2018

Pengenalan kepada komuniti Kg Melayu Raya berkaitan kewujudan Pi Pekan Nanas di Bangunan Majlis Daerah Pontian Cawangan Pekan Nanas... baca selanjutnya

Jamuan Hari Raya Bersama PI

Aktiviti Terkini | 13 Julai 2018

Untuk merapatkan dan mengeratkan lagi ukhwah petugas PI dan ahli PI, mempelajari dan mengetahui pengisian yang berguna dan baik di bulan Syawal, memupuk semangat berkomuniti dan bekerjasama dalam sesuatu program seperti ini... baca selanjutnya

Pertandingan Kad Raya Kreatif Digital 2 & Jamuan Hari Raya

Aktiviti Terkini | 23 Jun 2018

Dapat mengeratkan hubungan silahturrahim antara staf PI dengan masyarakat setempat dan memberi pendedahan tentang manfaat PI kepada masyarakat setempat... baca selanjutnya

Program Tazkirah Ramadhan

Aktiviti Terkini | 25 Mei 2018

Aktiviti sebegini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang pentingnya bulan Ramadhan bagi umat islam... baca selanjutnya

Program Klik Dengan Bijak (KDB)

Aktiviti Terkini | 24 April 2018

Memberi pendidikan kepada pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2 tentang penggunaan internet dan kawal selia kendiri internet... baca selanjutnya

Hari Terbuka PI1M Kampung Sri Jaya

Aktiviti Terkini | 25 Mac 2018

Objektif utama program Hari Terbuka ini dijalankan ialah bagi mempromosikan PI1M dan memberi kesedaran tentang kepentingan dan keburukan penyalahgunaan internet. Ia juga bagi menjalin... baca selanjutnya

Program Pengkomposan Sisa Makanan & Kitar Semula

Aktiviti Terkini | 25 Februari 2018

Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kesedaran tentang pemprosesan baja organik dan kitar semula sisa makanan menjadi baja... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Baloi Pontian bersama CMCF

Aktiviti Terkini | 10 Januari 2018

Dapat memupuk semangat berkomuniti dan bekerjasama dalam sesuatu program atau majlis... baca selanjutnya

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Taman Desa Rakyat Perdana

Aktiviti Terkini | 7 Januari 2018

Dapat menyatukan penduduk sekitar dan komuniti setempat dalam program seperti ini merapatkan ukhwah sesama jiran... baca selanjutnya

Program KDB di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Baloi(Anjuran Bersama CMCF)

Aktiviti Terkini | 4 Januari 2018

Bertujuan melahirkan pelajar yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet), mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain dan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pelajar melayari internet... baca selanjutnya