Program Klik Dengan Bijak (KDB)
24 April 2018 | Selasa
11.00 pagi - 1.00 petang | Dewan Za’aba, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Alam, Johor
Tujuan:
1. Memberi pendidikan kepada pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2 tentang penggunaan internet dan kawal selia kendiri internet.
2. Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna internet yang lain.
3. Memberi pendedahan kepada pelajar cara menggunakan internet dengan bijak dan selamat.
Kelebihan:
Memberi pendedahan kepada pelajar cara menggunakan internet dengan betul dan selamat.
Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan,
kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.
Penglibatan:
Para pelajar.
Aktiviti Berkaitan:
- Jamuan makan dan minum.
- Penyampaian hadiah.
Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: