Mengenai PI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Pasir Gudang ialah sebuah bandar perindustrian terbesar di Johor, Malaysia. Bandar ini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) iaitu sebuah badan khas milik Perbadanan Johor. Menjelang tahun 2007, Pasir Gudang telah berusia 30 tahun. Jumlah penduduk melebihi 100 000 orang. Di sini juga terdapat sebuah pelabuhan kontena iaitu Pelabuhan Johor yang terletak selatan dari pusat bandar yang menghadap Selat Tebrau.
Terdapat beberapa kawasan perumahan di Pasir Gudang seperti Taman Desa Rakyat Perdana, Taman Mawar, Taman Bukit Dahlia, Taman Air Biru, Taman Cendana, Taman Pasir Putih, Kampung Pasir Putih, Taman Kota Masai, Taman Scientex, Taman Nusa Damai, Perumahan Bakti, Taman Cahaya Masai, Taman Tanjung Puteri Resort, Taman Cendana dan Kampung Kopok Baru.
Setiap kawasan perumahan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti taman permainan, surau, kedai, sekolah, telefon awam dan lain-lain. Bagi memastikan kebersihan sentiasa terjaga di kawasan perumahan, Majlis Perbandaran Pasir Gudang telah mengadakan pertandingan kawasan perumahan terbersih dan tercantik.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020LIVE KELAS ICT DAN VIDEO KELAS ICT
Aktiviti Terkini | 6,12,19 & 26 Disember 2020Mengajar secara live facebok dan video mengenai kelas ICT dan kelas usahawan kepada pelajar-pelajar sekolah dan kepada kumpulan sasaran seperti usahawan-usahawan yang ingin belajar mengenai kelas ICT secara online....baca selanjutnya
GOTONG ROYONG TAMAN DESA RAKYAT PERDANA MEMERANGI AEDES (SIRI 2)
Aktiviti Terkini | 1 NOVEMBER 2020Membuat pemeriksaan semula ke tempat pembiakan aedes yang telah dikenalpasti pada gotong-royong pertama....baca selanjutnya
PROGRAM FREE MARKET BERSAMA NGO
Aktiviti Terkini | 25 Oktober 2020Membantu para penduduk yang terjejas dengan pendemik Covid-19 dengan membuka "Free Market" sumbangan dari NGO....baca selanjutnya
PROGRAM SUMBANGAN DARI NGO SEMPENA HARI MALAYSIA
Aktiviti Terkini | 16 September 2020Memberi bantuan beras kepada penduduk yang berkelayakan di setiap blok....baca selanjutnya
GOTONG ROYONG TAMAN DESA RAKYAT PERDANA MEMERANGI AEDES
Aktiviti Terkini | 13 September 2020Mengenalpasti dan membersihkan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes....baca selanjutnya
BENGKEL KEMAHIRAN YOUTUBE KOMUNITI SINEMA 2020
Aktiviti Terkini | 9 & 10 Ogos 2020Untuk mempelajari kemahiran "Youtube" dan teknik-teknik yang betul untuk menjadi "Youtuber" yang berjaya....baca selanjutnya
PROGRAM SUMBANGAN PKP DARI ECONSAVE
Aktiviti Terkini | 5 Julai 2020PI sebagai perantara untuk penyaluran sumbangan secara telus untuk penduduk sekitar PI....baca selanjutnya
PROGRAM SUMBANGAN DAN BANTUAN PKP
Aktiviti Terkini | 7 Jun 2020Memberi sumbangan kepada mereka yang terjejas kerana PKP.....baca selanjutnya
PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)
Aktiviti Terkini | 10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4
Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020...baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3
Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1
Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020...baca selanjutnya
PROGRAM TAKLIMAT ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK (KDB) DI SK BANDAR SERI ALAM
Aktiviti Terkini | 11 Februari 2020Memberi pendidikan kepada pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 3 tentang penggunaan internet dan kawal selia kendiri internet....baca selanjutnya
PROGRAM KESEDARAN PELAKSANAAN AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010
Aktiviti Terkini | 10 Februari 2020Taklimat ini merupakan salah satu inisiatif berterusan JPDP demi memperkasakan komuniti digital....baca selanjutnya
Program Sumbangan NGO Khidmat Negeri Johor
Aktiviti Terkini |4 Januari 2020PI sebagai perantara untuk penyaluran sumbangan secara telus....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya