PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA JOHOR BERSIH 100 HARI

Aktiviti terkini | 22 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
Taman Desa Rakyat Perdana

Ringkasan Aktiviti :
Program ini dijalankan sekitar Taman Desa Rakyat Perdana dengan penglibatan ahli PEDI, petugas PEDi dan komuniti setempat. Melakukan aktiviti pembersihan secara bergotong royong dikawasan sekitar blok kediaman. Fokus pada tempat pembiakan aedes.

Tujuan :
• Memastikan kawasan tempat kediaman kita bersih dan terjaga.
• Memastikan kawasan kediaman jauh dari ancaman binatang perosak dan binatang yang membahayakan seperti tikus dan ular.
• Memberi kesedaran betapa pentingnya menjaga kebersihan sekeliling kita.
• Mengekalkan gaya hidup bersih dan sihat.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• 7.30 pagi : Para penduduk berkumpul
• 8.00 pagi : Pembahagian peralatan gotong-royong dan pembahagian tugas.
• 8.30 : Gotong royong dimulakan.
• 11.30 tghari : Gotong-royong tamat
• 12.30 tghari : Sesi bergambar, jamuan dan bersurai

Kelebihan Aktiviti :
Kawasan tempat sekitar kediaman kita terjaga dan bersih. Dapat juga mengeratkan silaturrahim sesama jiran dalam melakukan aktiviti gotong-royong bersama.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :