PROGRAM SUMBANGAN SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 2023
Aktiviti terkini | 23 Jun 2023Tempat Aktiviti:
Surau Al-Mustaqim Taman Desa Rakyat Perdana
Nama VIP :
Tiada
Ringkasan Aktiviti :
Program ini dijalankan di Surau AL-Mustaqim Taman Desa Rakyat Perdana dengan penglibatan petugas PEDi Taman Desa Rakyat Perdana, AJK Surau Al-Mustaqim dengan kerjasama NGO.
Aktiviti program adalah penyampaian sumbangan barangan asas kepada mereka yang memerlukan dan kepada yang kurang berkemampuan.
Tujuan :
• Berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan menjelang tiba.
• Merapatkan lagi silaturrahim dan ukhwah antara penduduk Taman Desa Rakyat Perdana dangan petugas PEDi dan AJK Surau AL-Mustaqim.
• Memberi kesedaran kepada kita supaya saling membantu dan mengambil tahu komuniti setempat yang memerlukan.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• 9.00 pagi : Komuniti yang terlibat berkumpul di surau
• 9.30 pagi : Ucapan dari wakil NGO dan Pengerusi surau
• 10.00 pagi : Penyampaian sumbangan
• 11.00 pagi : Sesi bergambar
• 11.30 malam : Program selesai dan bersurai
Kelebihan Aktiviti :
Dapat menyantuni dan mengurangkan beban mereka yang memerlukan bantuan/ sumbangan. Mengeratkan lagi tali persaudaraan sesama islam dankomuniti setempat. Dapat juga merapatkan hubungan staff Pedi dengan penduduk dan AJK surau.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :