PROGRAM KILK DENGAN BIJAK (KDB)

Aktiviti terkini | 9 Julai 2023

Tempat Aktiviti:
Sekolah Kebangsaan Kota Masai

Nama VIP :
Tiada


Ringkasan Aktiviti :
Program ini dijalankan di SK Kota masai 3 dengan penglibatan petugas PEDi Taman Desa Rakyat Perdana, PEDi Taman Cendana dan PEDi Bandar Seri Alam.
Aktiviti program adalah berkenaan dengan taklimat dan penerangan Klik Dengan Bijak (KDB) kepada murid-murid sekolah darjah 4, 5 dan 6 serta guru-guru yang terlibat.


Tujuan :
• Untuk memberi kesedaran cara penggunaan internet dengan betul.
• Mengetahui bagaimana cara untuk mengelakkan dari menjadi mangsa buli siber dikalangan mudir-murid sekolah.
• Cara bagaimana langkah-langkah untuk mengatasinya.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• 8.00 pagi : Murid dan guru berkumpul di dewan terbuka
• 8.30 pagi : Pengenalan mengenai PEDi
• 9.00 pagi : Penerangan Klik Dengan Bijak
• 10.30 pagi : Sesi kuiz KBD dan penyampaian hadiah kepada pemenang.
• 10.45 pagi : Penyampaian cenderamata kepada guru dan petugas PEDi
• 11.00 pagi : Bersurai

Kelebihan Aktiviti :
Dapat memberi kesedaran kepada murid-murid sekolah tentang bahayanya penyalahgunaan internet. Murid-murid lebih memahami bagaimana untuk menggunakan internet dengan betul. Jika mereka dibuli melalui internet mereka juga tahu cara-cara bagaimana untuk mengatasinya. Murid-murid juga akan lebih peka terhadap penggunaan internet yang betul serta lebih tahu ape yang perlu dan tidak perlu dibuat dalam penggunaa gadjet, pengguna internet dan penggunaan media sosial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :