PROGRAM KEROHANIAN, SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN UNTUK PELAJAR SPM DAN DARJAH KHAS 2022-2023
Aktiviti terkini | 9 Februari 2023Tempat Aktiviti:
Surau Al-Mustaqim, Taman Desa Rakyat Perdana.
Nama VIP :
• Ustaz Safiee Soleh
• Ustaz Ayoub Senan Saad Al-Ghumairi Al Yamani
Ringkasan Aktiviti :
Program ini dijalankan di Surau Al-Mustaqim, Taman Desa Rakyat Perdana dengan kerjasam Surau Al-Mustaqim dan PEDi. Penglibatan oleh ahli PEDI yang akan mengambil peperiksaan SPM dan
peperiksaan Darjah Khas, petugas PEDi, ibu bapa para pelajar dan Jawatankuasa serta AJK Surau Al-Mustaqim.
Aktiviti yang dijalankan adalah bacaan yassin, solat hajat dan motivasi untuk pelajar-pelajar ibu bapa tersebut.
Tujuan :
• Memberi motivasi kepada pelajar yang akan mengambil peperiksaan.
• Memberi semangat dan kesungguhan dalam menjalani peperiksaan tersebut.
• Sokongan kepada para pelajar dan ibu bapa supaya positif dan redha atas usaha yang telah dibuat.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• 7.30 malam : Para penduduk yang terlibat berkumpul dan solat Maghrib
• 8.00 malam : Solat hajat dan bacaan yassin
• 8.30 malam : Solat isyak
• 9.00 malam : Bacaan Ratib Al- Attas, zikir, selawat dan asma ul-husna untuk para pelajar dan ibu bapa.
• 9.30 malam : Motivasi dan penerangan fadilat solat hajat, bacaan yassin, zikir dan selawat.
• 10.30 malam : Jamuan makan dan bersurai.
Kelebihan Aktiviti :
Dapat memberikan semangat dan motivasi pada para pelajar dan ibu bapa apabila ank-anak mereka akan mengambil peperiksaan. Juga menggalakkan komuniti setempat melakukan aktiviti yang positif seperti ini.
Dapat juga mengeratkan silaturrahim sesama komuniti penduduk setermpat dalam melakukan aktiviti tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :