Mengenai NADI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

NADI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap NADI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan NADI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif NADI



Sejarah

Pasir Gudang ialah sebuah bandar perindustrian terbesar di Johor, Malaysia. Bandar ini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) iaitu sebuah badan khas milik Perbadanan Johor. Menjelang tahun 2007, Pasir Gudang telah berusia 30 tahun. Jumlah penduduk melebihi 100 000 orang. Di sini juga terdapat sebuah pelabuhan kontena iaitu Pelabuhan Johor yang terletak selatan dari pusat bandar yang menghadap Selat Tebrau.

Terdapat beberapa kawasan perumahan di Pasir Gudang seperti Taman Desa Rakyat Perdana, Taman Mawar, Taman Bukit Dahlia, Taman Air Biru, Taman Cendana, Taman Pasir Putih, Kampung Pasir Putih, Taman Kota Masai, Taman Scientex, Taman Nusa Damai, Perumahan Bakti, Taman Cahaya Masai, Taman Tanjung Puteri Resort, Taman Cendana dan Kampung Kopok Baru.

Setiap kawasan perumahan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti taman permainan, surau, kedai, sekolah, telefon awam dan lain-lain. Bagi memastikan kebersihan sentiasa terjaga di kawasan perumahan, Majlis Perbandaran Pasir Gudang telah mengadakan pertandingan kawasan perumahan terbersih dan tercantik.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


BASIC ICT : MICROSOFT POWER POINT - CARA MEMBUAT VIDEO

Aktiviti Terkini | 9 Mac 2024

Mengajar pelajar cara membuat video dari slide dengan memasukkan kesan khas atau pergerakan perkataan dan gambar....................baca selanjutnya

PROGRAM GOTONG ROYONG MEMBANTERAS AEDES

Aktiviti Terkini | 25 Februari 2024

Memastikan tiada tempat pembiakan aedes...................baca selanjutnya

AKTIVITI 2 : PROGRAM PENGISIAN PADU BERSAMA JABATAN PERANGKAAN @ PEDI

Aktiviti Terkini | 24 Januari 2024

Membantu komuniti setempat untuk mengisi PADU..................baca selanjutnya

AKTIVITI 1 : PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH (WANITA)

Aktiviti Terkini | 6 Januari 2024

Mempelajari dengan lebih dekat dan mendalam lagi bagaimana menguruskan jenazah apabila ada kematian..................baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti