PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (KDB) SMK SERI ALAM 2)
Aktiviti terkini | 23 September 2024Tempat Aktiviti:
Smk Seri Alam 2
Nama VIP :
Tiada
Ringkasan Aktiviti :
• Program ini dijalankan di Smk Seri Alam 2 dengan penglibatan petugas NADI Taman Desa Rakyat Perdana, NADI Taman Cendana dan NADI Bandar Seri Alam.
• Aktiviti program adalah berkenaan dengan taklimat dan penerangan Klik Dengan Bijak (KDB) kepada pelajar-pelajar sekolah tingkatan 3 dan 4 serta guru-guru yang terlibat.
Tujuan :
• Untuk memberi kesedaran cara penggunaan internet dengan betul.
• Mengetahui bagaimana cara untuk mengelakkan dari menjadi mangsa buli siber dikalangan pelajar-pelajar sekolah.
• Cara bagaimana langkah-langkah untuk mengatasinya.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Para pelajar dan guru berkumpul di dewan terbuka.
• Pengenalan mengenai NADI.
• Penerangan Klik Dengan Bijak.
• Sesi kuiz KBD dan penyampaian hadiah kepada pemenang.
• Penyampaian cenderamata kepada guru dan petugas NADI.
• Bersurai
Kelebihan Aktiviti :
• Dapat memberi kesedaran kepada murid-murid sekolah tentang bahayanya penyalahgunaan internet
• Pelajar-pelajar lebih memahami bagaimana untuk menggunakan internet dengan betul
• Jika mereka dibuli melalui internet mereka juga tahu cara-cara bagaimana untuk mengatasinya
• Pelajar-pelajar juga akan lebih peka terhadap penggunaan internet yang betul serta lebih tahu apa yang perlu dan tidak perlu dibuat dalam penggunaa gadjet, pengguna internet dan penggunaan media sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :