PROGRAM GOTONG ROYONG MEMBANTERAS AEDES

Aktiviti terkini | 25 Februari 2024

Tempat Aktiviti:
Taman Desa Rakyat Perdana

Nama VIP :
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
Program ini adalah anjuran COMBI dengan kerjasama JKPZ Zon Taman Desa Rakyat Perdana dan PEDi Taman Desa Rakyat Perdana. Program ini melibatkan penyertaan semua komuniti Taman Desa Rakyat Perdana. Aktiviti adalah memantau dan membersihkan tempat yang berisiko untuk pembiakan nyamuk aedes di setiap blok.

Tujuan :
• Memastikan tiada tempat pembiakan aedes.
• Memusnahkan tempat-tempat yang berisiko nyamuk aedes boleh bertelur dan membiak.
• Menggalakkan menyertai aktiviti yang berfaedah dikalangan komuniti setempat.
• Memberi kesedaran bahawa kebersihan itu penting dalam sesebuah komuniti.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• 8.30 pagi : para penduduk setiap blok berkumpul dan pembahagian tugas
• 9.00 pagi : Gotong royong pembersihan menhapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes bermula.
• 12.00 tghari : Program tamat dan bersurai

Kelebihan Aktiviti :
• Menjadikan sekitar tempat kediaman bersih dan bebas dari tempat pembiakan aedes.
• Dapat memberi kesedaran kepada komuniti setempat bahawa aedes sangat merbahaya dan perlu sentiasa periksa jika ada air bertakung di sekeliling kediaman.
• Dengan adanya program seperti ini akan dapat merapatkan lagi silaturrahim diantara komuniti dan dapat memperkenalkan PEDi lebih dekat lagi kepada mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :