AKTIVITI 1 : PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH (WANITA)

Aktiviti terkini | 6 Januari 2024

Tempat Aktiviti:
Balai Komuniti Taman Desa Rakyat Perdana

Nama VIP :
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
Program ini adalah anjuran Helwa Wanita Surau AL-Mustaqim Taman Desa Rakyat Perdana. Berkolaborasi bersama PEDi Taman Desa Rakyat Perdana. Program ini melibatkan penyertaan komuniti wanita Taman Desa Rakyat Perdana, AJK Surau dan staf PEDi. Program berkisar mengenai bagaimana menguruskan jenazah wanita dari memandikan sehingga mengkafankan.

Tujuan :
• Mempelajari dengan lebih dekat dan mendalam lagi bagaimana menguruskan jenazah apabila ada kematian.
• Merapatkan ukhwah diantara petugas PEDi, komuniti setempat serta ajk surau.
• Menggalakkan menyertai aktiviti yang berfaedah dikalangan komuniti setempat.
• Memberi kesedaran bahawa kerjasana dan tolong menolong itu penting dalam sesebuah komuniti.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• 8.30 pagi : Kehadiran para komuniti yang terlibat
• 9.00 pagi : Ucapan dari wakil surau dan penerangan dari wakil Jabatan Agama yang dijemput.
• 9.30 pagi : Program bermula
• 11.30 tghari : Program tamat
• 12.00 tghari : Ucapan penutup
• 12.30 tghari : Bersurai

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat menyihatkan tubuh badan dan mengelakkan aktiviti yang tidak berfaedah.
• Dapat memberi kesedaran kepada mereka bahawa bersukan itu penting tidak kira usia.
• Dengan adanya program seperti ini akan dapat merapatkan lagi silaturrahim diantara komuniti dan dapat memperkenalkan PEDi lebih dekat lagi kepada mereka .

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :