SIARAN LANGSUNG FACEBOOK : AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Aktiviti terkini | 27 Ogos 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Taman Desa Rakyat Perdana

Ringkasan Aktiviti :
Siaran langsung Akta Perlindungan Data Peribadi memberikan penerangan bagaimana cara kita untuk menjaga maklumat peribadi kita supaya lebih selamat dan terpelihara dari dicuri atau digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab


Tujuan :
• Tujuan siaran langsung ini adalah untuk memberi kesedaran kepada mereka di luar sana supaya jangan sewenang-wenangnya berkongsi maklumat atau data peribadi kepada sesiapa saja tanpa mengetahui latar belakang mereka.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• 3.00 petang : Penyediaan slide
• 4.30 petang : Siaran langsung Facebook Live


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat mengetahui bagaimana cara yang betul untuk kongsikan maklumat atau data peribadi kita.
• Kita dapat lebih berhati-hati dalam memberikan atau kongsikan maklumat atau data peribadi kita kepada orang lain.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :