PROGRAM KURSUS LATIHAN PENGENDALIAN MAKANAN SECARA ATAS TALIAN

Aktiviti terkini | 18 Disember 2021

Tempat Aktiviti:
Training Room Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Desa Rakyat Perdana

Ringkasan Aktiviti :
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Desa Rakyat Perdana berkolaborasi bersama NZ Bunga Venture Training and Consultant mengadakan kursus Latihan Pengendalian Makanan kepada usahawan sekitar PEDi Taman Desa Rakyat Perdana secara maya di PEDi Taman Desa Rakyat Perdana.
Para peserta mendengar penerangan dan sesi soal jawab bersama panel-panel yang terlibat melalui aplikasi Zoom.


Tujuan :
• Berkongsi tentang pentingnya usahawan yang mempunyai produk makanan atau meniaga makanan untuk memiliki sijil Pengendalian Makanan.
• Memberi kesedaran mengenai tanggungjawab pengendali makanan contohnya seperti usahawan makanan, katering, pengusaha kantin, penjaja makanan, restoran dan pelbagai lagi bentuk perniagaan makanan.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Penerangan mengenai apa itu pengendali makanan dan siapa itu pengendali makanan.
• Soal jawab antara peserta yang hadir dengan ahli panel
• Ujian dan kuiz online yang menguji pemahaman peserta.


Kelebihan Aktiviti :
• Jika anda menyertai kursus ini anda akan mendapat sijil dan sah digunakan untuk seumur hidup. Sijil diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
• Dengan adanya sijil pengendali makanan, anda akan berkeyakinan untuk menjadi seorang usahawan makanan yang Berjaya


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :