Mengenai NADI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
NADI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap NADI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan NADI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif NADI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Pasir Gudang ialah sebuah bandar perindustrian terbesar di Johor, Malaysia. Bandar ini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) iaitu sebuah badan khas milik Perbadanan Johor. Menjelang tahun 2007, Pasir Gudang telah berusia 30 tahun. Jumlah penduduk melebihi 100 000 orang. Di sini juga terdapat sebuah pelabuhan kontena iaitu Pelabuhan Johor yang terletak selatan dari pusat bandar yang menghadap Selat Tebrau.
Terdapat beberapa kawasan perumahan di Pasir Gudang seperti Taman Desa Rakyat Perdana, Taman Mawar, Taman Bukit Dahlia, Taman Air Biru, Taman Cendana, Taman Pasir Putih, Kampung Pasir Putih, Taman Kota Masai, Taman Scientex, Taman Nusa Damai, Perumahan Bakti, Taman Cahaya Masai, Taman Tanjung Puteri Resort, Taman Cendana dan Kampung Kopok Baru.
Setiap kawasan perumahan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti taman permainan, surau, kedai, sekolah, telefon awam dan lain-lain. Bagi memastikan kebersihan sentiasa terjaga di kawasan perumahan, Majlis Perbandaran Pasir Gudang telah mengadakan pertandingan kawasan perumahan terbersih dan tercantik.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (KDB) SMK SERI ALAM 2
Aktiviti Terkini | 23 September 2024Program ini dijalankan di Smk Seri Alam 2 dengan penglibatan petugas NADI Taman Desa Rakyat Perdana, NADI Taman Cendana dan NADI Bandar Seri Alam......................baca selanjutnya
MICROSOFT WORD - WORDART (PART 1)
Aktiviti Terkini | 26 Ogos 2024Ketahui cara menambah tulisan WordArt di dalam dokumen. Sama ada mereka memilih daripada WordArt yang sedia ada atau mencipta WordArt yang Baharu.....................baca selanjutnya
MICROSOFT POWER POINT - MAKING LOGO (PART 1)
Aktiviti Terkini | 28 Julai 2024Belajar asas membuat logo.....................baca selanjutnya
BASIC ICT : MICROSOFT WORD - HOW TO ADD WATERMARK? (PART 1)
Aktiviti Terkini | 24 Jun 2024Ketahui cara memasukkan, mengalih, mengubah saiz dan mengalih keluar watermark daripada dokumen tersebut. Sama ada mereka memilih daripada watermark yang sedia ada atau mencipta watermark daripada teks atau imej.....................baca selanjutnya
BASIC ENTREPRENEURS : CARA MENINGKATKAN JUALAN ONLINE
Aktiviti Terkini | 16 Mei 2024Untuk meningkatkan pengetahuan mengenai jualan secara online....................baca selanjutnya
BASIC ICT : MICROSOFT WORD: CARA MEMBUAT KALENDER BULANAN
Aktiviti Terkini | 20 April 2024Mengajar peserta membuat kalender sendiri ....................baca selanjutnya
BASIC ICT : MICROSOFT POWER POINT - CARA MEMBUAT VIDEO
Aktiviti Terkini | 9 Mac 2024Mengajar pelajar cara membuat video dari slide dengan memasukkan kesan khas atau pergerakan perkataan dan gambar....................baca selanjutnya
PROGRAM GOTONG ROYONG MEMBANTERAS AEDES
Aktiviti Terkini | 25 Februari 2024Memastikan tiada tempat pembiakan aedes...................baca selanjutnya
AKTIVITI 2 : PROGRAM PENGISIAN PADU BERSAMA JABATAN PERANGKAAN @ PEDI
Aktiviti Terkini | 24 Januari 2024Membantu komuniti setempat untuk mengisi PADU..................baca selanjutnya
AKTIVITI 1 : PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH (WANITA)
Aktiviti Terkini | 6 Januari 2024Mempelajari dengan lebih dekat dan mendalam lagi bagaimana menguruskan jenazah apabila ada kematian..................baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya